Posts

Showing posts from September, 2011

Biodata Ringkas Khalifah Umar Abdul Aziz

Image
Nama: Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Nama Ibu: Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab Tarikh Lahir: 61H Umur: 39 tahun Tarikh Wafat: 101H Jawatan: Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah Tarikh Lantikan: Safar 99H @ 717M Tempoh Berkhidmat: 2 tahun 5 bulan

Bulan

Image
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan Bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus :5) Sejak dari zaman dahulu manusia kagum dan takjub melihat kejadian-kejadian yang berlaku di alam semesta ini. Kejadian-kejadian yang berlaku menarik perhatian manusia untuk mengkajinya bagaimana terjadinya kejadian siang-malam, Bulan, Matahari dan jasad-jasad samawi yang lain. Sebenarnya segala kejadian di alam ini baik di Bumi mahupun di langit adalah ciptaan yang Maha Pencipta. Di sebalik kejadian alam seperti kejadian pasang-surut, siang-malam, gerhana, komet dan lain-lain mengandungi satu hakikat kebenaran yang tidak dapat disembunyikan dan ditolak iaitu tentang kekuasaan yang Maha Pencipta bagi orang-orang yang berakal dan mahu ber...

Salam Lebaran

Image
Berpuput angin sang bayu, Diselangi deruan ombak, Memecah pantai yang memutih, Mengalunkan lagu merdu, Sebagai penyambut, Sang pencari ilham. Jari jemari mula menari, Bagaikan mengikut rentak, Lambaian si pohon kelapa, Kini terhasil sudah, Sebuah karya nyata. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...