Posts

Showing posts from 2012

It Means Something #7

Image
 

50 Universiti Terbaik Malaysia

Image
Universiti ialah sejenis institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan universiti dipinjam daripada bahasa Inggeris (University) yang turut dipetik daripada frasa bahasa Latin,universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud “masyarakat pakar dan pengkaji”. Di Malaysia, terdapat banyak universiti yang hebat. Sebelum meneruskan kepada universiti terbaik Malaysia 2012, eloklah jika kita mengimbau terlebih dahulu ranking 65 universiti terbaik Malaysia 2011 (LINK). Kalau kita bandingkan, rank dunia universiti tempatan 2012 lebih baik berbanding pada tahun 2011. Berikut merupakan senarai Top 50 Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2012. Tahniah UPM! (Nota: Pelajar UPM jangan gembira sangat kerana tahun 2012 masih belum berakhir, beerti ranking ini boleh berubah bila-bila masa tau) (1) Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428) (2) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437) (3)  ...

SEGMEN:BLOGWALKING TERGEMPAK BY NABILA BIELA ♥

Image
TEKAN JELA BANNER TU TAKYAH BANYAK SOAL! HAHAHA ^^ 3 ORANG TOP REFFERAL AKAN TERSENARAI DI DALAM BLOGLIST!

Pemuda Seharum Kasturi

Image
  Kisahnya menjadi sebutan turun temurun masyarakat Arab. Malah, bukti kisah Al-Miski masih berada di tanah Syam sehingga kini. Tulisan Al-Miski diabadikan di pusaranya sebagai tanda, dialah haruman abadi, tanda kekuasaan Allah SWT kerana ganjaran taat dan takwa. Di dalam kitab Al-Akhlaq Al-Islamiyyah Lin Nasyi’in tercatat kisah indah ini sebagai contoh buat generasi hari ini mengenai betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan seorang pemuda dalam mempertahankan akhlaknya. Dikisahkan, Khalid adalah seorang pemuda yang tampan, rajin beribadah, warak, rajin bekerja dan cukup amanah. Segala sikap terpuji yang ada pada diri anak muda ini sudah lengkap dan namanya kian menjadi sebutan di desa kelahirannya. Bentuk tubuh yang gagah dan kulit yang putih ditambah dengan keramahan membuatkan orang mudah terpesona padanya. Tetapi dia tidak pernah menggunakan kelebihannya itu pada jalan yang salah. Saban hari, dia akan membawa barang dagangannya dan menjual di keliling kampung...

Diari Seorang Ibu

Image
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah a...

Tips Study Last Minutes

Image
Walaupun anda tahu bahawa belajar last minute atau study last minute merupakan salah satu cara terburuk untuk belajar tetapi kenyataan hampir semua orang terjerumus dalam study last minute. disini saya nak bagi tips belajar last minute yangsesuai untuk semua lapisan pelajar. Antara tipsnya: Tips belajar last minute ke-1 baca dahulu keseluruhan topic (sekadar review sahaja) kemudian hanya fokus pada bahagian summary topic sahaja. selalunya buku teks selalu provide summary di bahagian last sesuatu topik. itu bermakna ia adalah pekara penting yang perlu anda tahu. Tips belajar last minute ke-2 beri penekanan kepada apa yang lecture tekankan. teknik ini paling berkesan kerana hampir 50 % examination kuar dari apa yang ditekankan lecture. Tips belajar last minute ke -3 jangan membuat note, itu bukan caranya kerana anda kesuntukan masa. hanya list down pekara penting s...

Himpunan Fakta Menarik

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune. 5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak, 6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. 8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan 9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km 10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi. 11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 12. Orang lelaki mudah mendapat...