Posts

My Name is Khan, and I'm Not a Terrorist

Image
Saya baru tengok cerita My Name is Khan nih dengan roomate saya (even dia tidur ditengah jalan..haha).. Filem  My Name Is Khan  mengisahkan perjalanan seorang pemuda Muslim bernama Rizwan Khan dalam pencarian untuk bertemu dengan Presiden Amerika bagi menyampaikan mesej “My name is Khan, and I am not a terrorist”. Yang uniknya ialah Rizwan Khan seorang penghidap autism. Saya sangat tertarik dengan part autisme ini. Nampaknya pembikin filem memang buat kajian terhadap ciri2 pesakit autism, kecenderungannya, keunikannya dan sebagainya (walaupun tidak semuanya betul tapi bolehlah). Bukan main bedal saja seperti kebanyakan pembikin filem/drama Melayu. Saya tak tahu kenapa pembikin filem/drama kita susah sangat nak buat study terhadap penyakit2 yang ‘menjangkiti’ watak-wataknya. Kalau sakit Leukemia, terus kepala jadi botak, padahal keguguran rambut adalah kesan sampingan dari rawatan kemoterapi. Mungkin nak cut the story short, asalkan nampak orang...

Bukan orang kata. Memang betul kan?

Image
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak ... Bila lapar, yang suapkan aku.... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati....... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak Aku selalu teringatkan ..... mak Bila sedih, aku mesti talipon.... mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak Bila ada masalah,...

Biodata Ringkas Khalifah Umar Abdul Aziz

Image
Nama: Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Nama Ibu: Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab Tarikh Lahir: 61H Umur: 39 tahun Tarikh Wafat: 101H Jawatan: Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah Tarikh Lantikan: Safar 99H @ 717M Tempoh Berkhidmat: 2 tahun 5 bulan

Bulan

Image
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan Bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus :5) Sejak dari zaman dahulu manusia kagum dan takjub melihat kejadian-kejadian yang berlaku di alam semesta ini. Kejadian-kejadian yang berlaku menarik perhatian manusia untuk mengkajinya bagaimana terjadinya kejadian siang-malam, Bulan, Matahari dan jasad-jasad samawi yang lain. Sebenarnya segala kejadian di alam ini baik di Bumi mahupun di langit adalah ciptaan yang Maha Pencipta. Di sebalik kejadian alam seperti kejadian pasang-surut, siang-malam, gerhana, komet dan lain-lain mengandungi satu hakikat kebenaran yang tidak dapat disembunyikan dan ditolak iaitu tentang kekuasaan yang Maha Pencipta bagi orang-orang yang berakal dan mahu ber...

Salam Lebaran

Image
Berpuput angin sang bayu, Diselangi deruan ombak, Memecah pantai yang memutih, Mengalunkan lagu merdu, Sebagai penyambut, Sang pencari ilham. Jari jemari mula menari, Bagaikan mengikut rentak, Lambaian si pohon kelapa, Kini terhasil sudah, Sebuah karya nyata. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...

Naik Motor

Image
Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil. So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama ju...

Get Back Up!!!

Image
Sedikit motivasi untuk mereka yang merasakan diri mereka telah jatuh.. "When you fall down, are you gonna get back up?"