Posts

It Means Something #1

Image
Assalam hari ni sy bru buat label baru tuk blog nih..kire nak advance lg sketla katekan..haha adiyos! :)

Biarkan Cinta Berkata Tidak

Image
Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta. Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta. Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi. Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar s...

Apa Dosa Adik?

Image
Mama hari ni adik turun ke dunia. Adik seronok sangat kerana tak lama lagi adik dapat tengok dunia. Wah tak sabar nya! Mama tempat ni gelap sangat! Adik takutlah mama. Mama boleh teman kan adik tak? Adik takut duduk sorang-sorang dalam ni. Mama jadi malaikat adik eh? Mama tadi adik dengar suara mama. Adik seronok sangat! Mama terima kasih sebab hari-hari mama belai adik. Adik rasa seronok sangat bila mama belai adik. Adik rasa adik disayangi. Adik sentiasa doakan mama Mama adik rasa panas! Mama makan apa? Mama salah makan ke? Adik rasa panas sangat! Mama adik tak tahan! Badan adik rasa panas sangat! Hari-hari adik dengar mama menangis. Mama sakit ke? Ada orang kacau mama ke? Adik sentiasa doakan mama. mama adik minta maaf. Semakin hari adik semakin besar. Kesian mama kena bawak adik berjalan. Kenapa mama nak sorokkan adik dari orang lain? Mama tak sayang adik ke? Adik sayangkan mama… mama kenapa papa tinggalkan mama? Dia tak sayangkan mama ke? Tak...

Akal vs Nafsu

Image
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :  "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :  "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".  Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah...

Fenomena Gerhana Bulan

Image
Assalamualaikum dan salam 1Dunia,  fenomena  gerhana bulan penuh  kali kedua telah berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 sekitar jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari. 3 hari sebelum  gerhana bulan separa  pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata  Kak Jie  dalam blog nya ada releven “ Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi “. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena  Supermoon , semuanya untuk kita berfikir. Grafik Gerhana Bulan Penuh - Sumber Google Inilah kebesaran  Allah SWT  yang mesti kita diam sesa...

20 Perkara yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki

Image
1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 2. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 3. SUKA ‘CUCI MATA’ Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! 4. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pert...

30 Rahsia Wanita

Image
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semang...