Posts

It Means Something #3

Image

Hak Wanita Dalam Memilih Suami

Image
hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “Janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, manakala anak dara diminta izin daripadanya. Dan keizinannya ialah diamnya.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud) Menurut pendapat ini, wali yang boleh menikahkan seseorang gadis tanpa izinnya adalah ayah kandung kepada gadis itu atau penerima wasiatnya (wasi). Selain mereka berdua adalah tidak harus, hatta datuk atau bapa saudaranya. Dan disunatkan bagi wali meminta izin daripada anak gadis yang ingin dinikahkan sejajar dengan saranan Nabi sallallahu alaihi wasallam dalam hadis di atas. Di samping itu, disunatkan juga meminta pandangan ibu gadis tersebut kerana rapatnya hubungan antara ibu dengan anak perempuannya, dan ibu juga sama dengan ayah dari segi memikirkan jodoh serta kebahagiaan rumah tangga anaknya. Dengan cara itu, hak ibu tidak diketepikan dan hatinya akan lebih bahagia. Ibn Umar berkata bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya): “Mintalah pand...

Pasal Petai?

Image
Artikel kali ni mengisahkan tentang petai yang menjadi makanan kegemaran orang melayu (kegemaran ke?huhu). Tapi kenapa petai? takde artikel lain ke? eh!skati akula!!blog aku!!-_-'' selamat membaca :) Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun campuran dalam masakan lain seperti sambal tumis udang atau bilis dan sebagainya, membuatkan peminat-peminat petai berasa lapar. Entah kenapa perut dengan tiba-tiba berasa kosong, lalu segera mencapai pinggan dan mencedok nasi untuk menjamu selera. Kesedapan petai membuatkan orang tidak mempedulikan kesan sampingannya. Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut tak best itu, petai mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi se...

Yakjuj dan Makjuj

Image
Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib oleh Nasron Sira Rahim. Di sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak dapat dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya. Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun ...

Most Important Part Of Body

Image
My mother used to ask me what is the most important part of the body is.  Through the years I would take a guess at what I thought was the correct Answer. When I was younger, I thought sound was very important to us as humans, so I said, 'My ears, Mommy.'  She said, 'No. Many people are deaf. But you keep thinking about it and I will ask you again soon.'  Several years passed before she asked me again. Since making my first attempt, I had contemplated the correct answer.  So this time I told her, 'Mommy, sight is very important to everybody, so it must be our eyes.' She looked at me and told me, 'You are learning fast, but the answer is not correct because there are many people who are blind.'  Stumped again, I continued my quest for knowledge and over the years, Mother asked me a couple more times and always her answer was, 'No. But you are getting smarter every year, my child.'  Then one year, my grandfather died. Everybody was hur...

Azan Yang Penuh Nostalgia

Image
Sesaat setelah Rasulullah   Shalallahu ‘alaihi wasallam   menghembuskan nafas terakhir, waktu solat tiba. Bilal berdiri untuk mengumandangkan azan, sementara jasad Rasulullah   Shalallahu ‘alaihi wasallam   masih terbungkus kain kafan dan belum dikebumikan. Saat Bilal sampai pada kalimat,   “Asyhadu anna muhammadan rasulullah (Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah)” , tiba-tiba suaranya terhenti. Ia tidak sanggup mengangkat suaranya lagi. Kaum muslimin yang hadir di sana tak kuasa menahan tangis, maka meledaklah suara esak tangis yang membuat suasana semakin mengharu biru. Sejak kepergian Rasulullah   Sholallahu ‘alaihi wasallam , Bilal hanya sanggup mengumandangkan azan selama tiga hari. Setiap sampai kepada kalimat,   “Asyhadu anna muhammadan rasulullah (Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah)” , ia langsung menangis tersedu-sedu. Begitu pula kaum muslimin yang mendengarnya, larut dalam tangisan pilu. Karena itu,...

Misteri Taman Tergantung

Image
Bagaimana rupanya taman tergantung Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah puisi :  ”Seseorang boleh minum pati buah di taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.” Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air, dan ke kota Babylon di bawahnya. Seluruh wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak taman. Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika  Philon, ahli falsafah Yunani  yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati. Sejarah Pembuatan Taman Tergantung Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang  terletak berhampiran sungai Euphrates , yang sekarang dikenali ...