Posts

Showing posts from May, 2011

Seindah Ainul Mardhiah

Image
Ainul Mardhiah merupakan seorang  bidadari yang paling cantik  dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… . Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yan...

Belajarlah Untuk Disakiti

Image
Cuba perhatikan manusia di sekeliling kita, berapa banyak kes-kes pergaduhan berlaku di kalangan mereka yang bersaudara, juga yang bersahabat baik. Ataupun yang lebih teruk lagi, suami isteri bertengkar sehingga kadang-kadang pinggang mangkuk yang tidak bersalah terbang ke sana sini. Bagi mereka yang tinggal di rumah teres, adakalanya mempunyai pengalaman menyaksikan pergaduhan sebegini, kerana rumah kita dan jiran hanya dipisahkan oleh sekeping dinding batu yang tidak sampai semeter pun. Ataupun kadang-kadang kita sendiri yang bertengkar. Tak kisahlah dengan sesiapapun, dengan sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan sekuliah, adik-beradik atau dengan ahli keluarga sendiri. Namun buat mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, mampu menjauhkan isu-isu sebegini. Mereka tak meluahkan perasaan marahnya, namun jauh di hati - hanya allah yang tahu keperitan tersebut. Sama ada diluahkan atau tidak, perasaan marah tetap tidak dapat kita jauhi. Inilah yang dinamakan konflik. Konflik b...

Sejenak Berbicara

dalam kesusahan,pasti ada kesenangan. dalam kesenangan,pasti hadir kesusahan. dalam kepayahan,pasti ada penyelesaian, dalam penyelesaian,pasti memerlukan pemikiran. dalam kehidupan,pasti ada kematian,dan dalam kematian... pasti akan dihidupkan semula..

nasib2..

Bismillah.. bumi Allah ni banyak rezeki.. terpulang kepada kita samada untuk memilih yang halal atau haram.. pilihlah dengan sebaik2nya.. insyaAllah kita akan hidup senang dunia akhirat.. amin..