Posts

Showing posts from October, 2011

Satu Bintang

Assalamualaikum.. urm post kli nie nk citer psal lgu utk blog nih.. hehehe msti korg plik an tetibe je xd lgu kat blog nih.. sbnrnyer mber sy ckp jgn ltak lgu dlm blog sbb nnt gngu korg2 sume nk bace..tp rmai plak yg sruh ltak blk lgu tuh..depa suma ckp lagu tu sdap..(mmg sdp pn..klo x wtpe aku nk ltak dlm blog an?? an?? an??) lgu satu bintang nih dnyanyikn oleh hadad alwi..best sore die..2 yg aku ltk dlm blog tuh..haha xpela bwt mse nih aku ltk dlu dlm blog k??klo korg rse prlu ke xprlu lgu nih hit je at cbox k?tgkla mjorti nnt..adiyos!! Lirik Lagu Satu Bintang Solla 'alaikallah Ya Rasulullah solla 'ala Rasulillah Muhammad mustofa Ada satu bintang, sinarnya berseri Cahaya atas cahaya, tempat yang utama Amutu wa ahya 'ala hubbikum Wadzulliya ladaikum wa'izziy bikum Solla 'alaikallah Ya Rasulullah solla 'ala Rasulillah Muhammad mustofa

Lelaki Kacak Ketika Mati

Image
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,' Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya,   kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara y...

There are no Perfect Father

Image
Just nak kongsi video nih at korg..very sad.. :'(

10 Pantai Tercantik Dunia

Image
Pernah tau 10 pantai tercantik dunia?haha bacalah dan ketahui kedudukan pantai malaysia...:) 1.Seychelles www.seychelles.com Salah satu pantai yang paling banyak diambil gambar di dunia, pasir merah jambu pucat Anse Source d'Argent unfurls di seluruh pulau La Digue, adalah salah satu daripada 115 komponen ini kepulauan di Lautan Hindi. Kilauan pasir di tengah-tengah batu tongkol granit yang menjulang tinggi, yang dipakai oleh masa dan cuaca. Air berwarna biru hijau agak cetek dan dilindungi dari gelombang lautan oleh karang. Tentunya sesuai untuk bersantai kan? 2.Maldives www.visitmaldives.com Sama ada perjalanan pantai impian anda bersama seseorang yang istimewa ataupun bersama keluarga. Lokasi yang sesuai untuk menghabiskan beberapa malam dimanjakan di pusat peranginan empat bintang atau berenang di kalangan ikan tropika kira-kira 80 kaki (24 meter) di bawah air. Maldives adalah seperti pulau-pulau di mana semuanya boleh menjadi kenyataan. Dengan suasan...

Mengapa Tudung?

Image
1. Kerana nak tutup aurat. 2. Kerana dia hendak menjaga maruah diri dan keluarga. 3. Kerana cantik. 4. Kerana dia tak nak tunjuk kecantikan dia, kecuali pada yang berhak. 5. Kerana dia seorang yang pandai jaga diri. 6. Kerana dia anak solehah. 7. Kerana dia dengar cakap keluarga dia. 8. Kerana dia hormati orang lain. 9. Kerana takut apabila dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik dan ada niat yang tak baik. 10. Kerana tak nak diminati ramai lelaki(yeke?) 11. Kerana tak nak menyusahkan orang lain. 12. Kerana dapat pahala. 13. Kerana dapat menghindari maksiat.. InsyaAllah 14. Kerana supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain. 15. Kerana supaya lelaki yang beriman je yang suka dia. 16. Kerana menyeru suruhan nabi. 17. Kerana rambut perempuan adalah mahkota baginya. Jadi dia tak nak sewenang-wenangnya menunjuk kepada lelaki. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilihat oleh semua lelaki (kecuali ke...

Kisah Sehelai Bulu Mata

Image
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah kerana sia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu", ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, "Saya yang memandangi." Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang meray...

Siapakah Mustafa Kemal Atatuk?

Image
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.. Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin  Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun...

7 Wonders of.....

Image
Pernah dengar pasal 7 wonders of the world kan??hehe tapi post kali ni nak citer pasal 7 wonders of human body.. 1 Golden Ratio Tubuh manusia ternyata menyimpan keajaiban tersendiri.   Tidak hanya bumi yang mempunyai seven wonder tetapi tubuh kita juga menyimpan pelbagai perkara yang sukar dijelaskan dengan logik.   Di sini saya akan memberikan fakta-fakta ajaib tentang tubuh manusia. Setiap bahagian tubuh manusia ternyata merupakan perhitungan matematik.   Percaya atau tidak, Fibonacci numbers yang kita jumpa dalam buku Da Vinci Code, ternyata juga ada di tubuh kita sendiri.   Bilangan Phi (1:1,618) adalah angka yang akan kita dapat setiap kali kita mengukur setiap inci tubuh kita.   Cuba perhatikan luas jari tangan kita.   Luas kedua dari hujung berukuran 1,618 kali lebih panjang dari luas terhujung, begitu juga seterusnya.   Rumus phi ini juga kita temui pada wajah kita.   Panjang hidung kita berbanding 1:1,618 dibandingkan l...

Kenapa Tak Rogol Saya?

Image
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak e...

Rahsia Allah

Image
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan s...

Sejarah Nama Apple

Image
Apple Inc. mendapat nama dari seorang yang suka makan buah iaitu CEOnya Steve Jobs. Kata beliau, pada masa itu beliau sangat suka makan buah-buahan. Oleh kerana mereka telah lewat 3 bulan untuk menfailkan nama bagi business mereka, satu hari Jobs mengusik rakan-rakannya untuk menamakan syarikat sebagai Apple Computer kecuali jika mereka come up dengan nama lain yang lebih sesuai sehingga jam 5.00PM hari itu. Rasa-rasanya kita pun tau apa yang telah berlaku kan... none of them come up with some other suitable names. Tapi luckily Jobs betul-betul gunakan Apple Computer kan... sekarang dah famous..

Mengapa Sembah Kaabah?

Image
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…… Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum …. Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? Missionary : Awak tak ada jawapan ? Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. Missionary : Mengapa awak cakap begitu ? Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seo...

Pedang Malam

Image
Pada zaman Abu Hasan Bin Bisyar (salah seorang Sufi), ada seorang pemerintah zalim. Pada suatu waktu dia tengah duduk santai di dalam vila, di tepian pantai sambil menikmati berbagai hidangan dan bermacam jenis minuman keras. Perilaku pemerintah itu memancing Abu Hasan untuk mengumpulkan jemaah, yang terdiri daripada orang-orang soleh. Mereka berkerumun di bawah, di depan vila nan tinggi lagi megah. Dengan serentak dikumandangkan gema Al-Quran, dengan nada suara keras. Mendengar gemuruh suara jemaah yang mengumandangkan Al-Quran, keluarlah seorang pelayan dari vila seraya bertanya; "Mengapakah kamu berkumpul di tempat ini? Kamu telah mengganggu kami." Abu Hasan Bin Bisyar menjawab, "Katakanlah kepada majikanmu, jangan berbuat kemungkaran dan mencuba melakukan secara terang-terangan. Manakala dia tidak mahu mendengar dan memperhatikan ucapan kami, akan kami bunuh dia!" Dengan segera pelayan itu masuk menyampaikan pesanan itu kepada majikannya. Pemerin...