7 Wonders of.....
Pernah
dengar pasal 7 wonders of the world kan??hehe tapi post kali ni nak citer pasal
7 wonders of human body..
1 Golden
Ratio
Tubuh
manusia ternyata menyimpan keajaiban tersendiri. Tidak hanya bumi yang mempunyai seven
wonder tetapi tubuh kita juga menyimpan pelbagai perkara yang sukar dijelaskan
dengan logik. Di sini saya akan
memberikan fakta-fakta ajaib tentang tubuh manusia. Setiap bahagian tubuh manusia ternyata merupakan perhitungan
matematik. Percaya atau tidak, Fibonacci
numbers yang kita jumpa dalam buku Da Vinci Code, ternyata juga ada di tubuh
kita sendiri. Bilangan Phi
(1:1,618) adalah angka yang akan kita dapat setiap kali kita mengukur setiap
inci tubuh kita. Cuba perhatikan
luas jari tangan kita. Luas kedua
dari hujung berukuran 1,618 kali lebih panjang dari luas terhujung, begitu juga
seterusnya. Rumus phi ini juga
kita temui pada wajah kita. Panjang
hidung kita berbanding 1:1,618 dibandingkan lebar mulut dari hujung ke hujung. Gigi hadapan dengan gigi di sebelahnya
juga berukuran 1,1618 kali lebih besar. Inilah
yang disebut dengan The Golden Ratio.
Dr. Stephen Marquardt bahkan telah membuat
topeng kecantikan berdasarkan golden ratio ini, dan orang yang mempunyai
struktur muka paling hampir dengan topeng ini adalah gadis yang sudah diakui
kecantikannya, seperti Ratu Nefertiti. Tapi
wajah kita juga boleh sesuai ke dalam topeng golden ratio. Tahukah anda, setiap
kali kita ketawa, maka kita akan semakin mendekati saiz phi tersebut. So
rajin-rajinlah ‘baca’ buku matematik ye..hehe
2 Cap Lidah
Cap lidah?ape tuh?haha selain cap jari, ternyata lidah kita juga mempunyai pattern yang unik yang tidak dimiliki oleh orang lain. Tak percaya? Percayalah..

3 Hidup dan Mati
Saat kita membaca tulisan ini, sebenarnya ada sekitar 50 ribu sel yang mati di dalam tubuh kita. Tapi, pada masa yang sama, lahir pula 50 ribu sel baru yang menggantikannya (kecuali di dalam otak, yang tidak boleh menumbuhkan sel baru).Wow, ternyata tubuh kita aktif kan? Pada masa yang sama, untuk mentafsir ayat di atas mesej yang disampaikan ke otak mencapai kelajuan 250 batu sejam!

4 Tempat Tinggal
Bakteria
Seorang manusia mempunyai organisma hidup yang lebih banyak daripada jumlah seluruh manusia di bumi. Soalnya, dalam 1 inci tubuh manusia, ternyata merupakan tempat tinggal bagi kira-kira 32 juta bakteria!

5 Kepanasan atau
Kedinginan
Pernah makan makanan panas dan sejuk, kan? Betapa panas atau dinginnya makanan tersebut, tapi lidah kita masih boleh menerima. Hal ini disebabkan kerana mulut kita menyesuaikan suhu makanan tersebut menjadi suhu normal, sehingga akhirnya boleh kita telan. Maksudnya, si mulut akan menyejukkan makanan panas, dan menghangatkan makanan sejuk. Wah, ternyata mulut kita tak ubah seperti microwave dan peti sejuk..haha

6 Anti Kedutan
Selain boleh menghilangkan stress, ternyata ketawa juga boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh. Menurut kajian, kanak-kanak tertawa sekitar 300 kali setiap hari, sementara orang dewasa cuma 15-100 kali. Tidak hairan jugalah kalau orang dewasa itu cepat kelihatan tua. Tahu tak, setiap 2000 kali wajah kita berkerut (contohnya kerana merasa kesal atau kecewa), maka muncullah segaris kedutan. So, senyum SOKMO..n_n

7 Self-healing
Tubuh kita ternyata tak ubah seperti Claire Bennet dalam muvi serial Heroes yang boleh menyembuhkan dirinya sendiri. Soalnya, setiap luka kita pasti akan sembuh, dan tubuh kita mempunyai "keajaiban" untuk membentuk bahagian tubuh yang baru. Misalnya kaki kita terluka dalam kerana tersadung batu. Lama-kelamaan, sel-sel di tubuh akan membentuk rangkaian daging dan kulit baru untuk menutup bekas luka tersebut. Namun demikian, ternyata ada satu bahagian tubuh yang tidak boleh menyembuhkan dirinya sendiri iaitu gigi. Kalau gigi tetap kita tercabut, jangan harap akan tumbuh gigi baru…Pakai gigi palsulah jawabnyer..:P

Comments