Posts

Showing posts from November, 2011

Warna Ros Dan Maksudnya

Image
Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yang mengandung pelbagai maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros. Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya. Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu. Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu. Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini. Dah tahu kan? Tunggu apa lagi? Berilah bunga ros yang sesuai untuk menunjukkan perasaan anda kepada si dia. :)

Kemuliaan ZamZam

Image
AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."  Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah. Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setia...

Paderi dan Pengembala Kambing

Image
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan| penduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentang...

Khas Untuk Cikgu

Image
Assalamualaikum.. sedang saya termenung sorang-sorang dalam bilik,tetibe teringat pulak at cikgu-cikgu start dari sekolah rendah dulu..or even dari tadika lagi..heheh sebenarnya saya merancang nak pergi melawat semua cikgu yg saya kenali..tapi cuak sikitla..maklumlah siapa tak kenal adham an? pakar tido dalam kelas..hahaha yang tak siap keje sekolah even cikgu tu garang cm singa pon aku jela yang bangun..pergh terbaekkkk!!(xboleh jadi contoh langsung..-_-#) tapi tulah kenangan terbaik untuk saya..mase sekolah rendah dulu tak siapkan keje sekolah tu cikgu wat donno je sebab saya selalu dapat no 1 dalam kelas..(belagak2) tp bile stat sekolah menengah cm hampeh!!(even tak prnah bawah top10..huhu)... tp kalaula ade usaha sket time uh mesti da berjaya da..tp xboleh nk salahkan sesape rezeki masing-masing dah tertulis..terima jela.. tapi bestla time dulu2..keje sekolah kalau tak buat bagi alasan je dah boleh lepas..sekarang ni tak siap assignment alasan pe sekalipon tetap potong m...

Kenali Aidil Adha

Image
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula w...

Bayi dan Malaikat

Image
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata. Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.” Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.” Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana” Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan pe...

Walimatul Urus Permaisuri Azlin

Image
Assalamualaikum.. pejam celik pejam celik dah masuk november..well, new month means new luck..:) baru-baru ni saya pergi ke majlis perkahwinan cikgu plkn..hehe bersungguh dia ajak saya datang dari bulan 5 lagi..hahaha bangga cikgu aku kalau dia tau post pertama november pasal dia..:)) disebabkan saya ni pengapit cikgu saya(cewah!!huhu) so kena la tido umah cikgu..hehe mula-mula agak nervous + janggal sikitla sebab dalam rumah tu family dia je yang ramai. tapi at last seronok pulak..haha famly diorg memang sporting..rase cam part of the family pulak..huhu malas nak cerita panjang korang tengokla gambar perkahwinan diorang.:) malam persandingan huhu karok bersama husband bersama pak sheikh kita, naufal badarudin shh!!! lawa tak pelamin??haha sampai pengapit pon tenggelam..-_-'' dapat makan VIP tuh..rezeki2..:) ala-ala princess gitu..haha comel2.. very nice romantik beb!!time gua nnt bukan dukung je..gua lambung!!!! ...