Warna Ros Dan Maksudnya
Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros
yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun
sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yang
mengandung pelbagai maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri
yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di
sebalik warna bunga ros.
Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin
bersama selamanya.
Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya
atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.
Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya
adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.
Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia
dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang
menjadi idamannya selama ini.
Dah tahu kan? Tunggu apa lagi? Berilah bunga ros yang sesuai
untuk menunjukkan perasaan anda kepada si dia. :)
Comments