Artikel kali ni mengisahkan tentang petai yang menjadi makanan kegemaran orang melayu (kegemaran ke?huhu). Tapi kenapa petai? takde artikel lain ke? eh!skati akula!!blog aku!!-_-'' selamat membaca :) Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun campuran dalam masakan lain seperti sambal tumis udang atau bilis dan sebagainya, membuatkan peminat-peminat petai berasa lapar. Entah kenapa perut dengan tiba-tiba berasa kosong, lalu segera mencapai pinggan dan mencedok nasi untuk menjamu selera. Kesedapan petai membuatkan orang tidak mempedulikan kesan sampingannya. Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut tak best itu, petai mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi se...