Posts

Showing posts from March, 2012

Dari Hati Untuk Hati

Image
Sungguh diri ini kerdil. Sungguh diri ini kecil. Sungguh jua diri ini lemah. Diri yang tidak mampu berikan harta. Diri yang tidak mampu melindungi. Diri yang tidak punyai apa-apa kebesaran. Tapi yang hanya mampu berikan adalah sekeping hati. Hati yang sudah lama menanti. hati yang dulunya puas menunggu. Hati yang dulunya pernah berteriak untuk memiliki. Hati yang menyimpan kemas perasaan yang tiada umpama. Hati yang mudah cemburu. Tapi kenapa? Kenapa perlu hati ini dikecewa yang teramat? Kenapa hati ini masih lagi berdegil? Masih berdegil tidak mahu melepaskan? Kenapa hati ini masih ingin melaksana impian? Apakah hati ini untuk dipermain? Satu-satunya bukti adalah hati. Tetapi jika ini pun tidak dipercayai, sungguh tidak ada yang lain lagi untuk diberi. Mungkin juga diri ini tidak sempurna. Mungkin diri ini terlalu jahat! Terlalu kotor untuk mendapatkan yang suci. Sungguh aku bukan bermain kata. Bukan jua niat untuk bermadah pujangga. tetapi hati ingin berkata. Berkat...

Kawan Aku Shazwan

Image
Assalamualaikum, post kali ni nak cerita sikit pasal kawan yang aku kenal masa PLKN dulu..mamat ni agak rapatla dengan aku..hehe masa PLKN dulu dia ni takde kene mengena ngan aku pon..tapi kitorang baru stat kenal masa dia jadi buddy aku time juggling..tau apa itu juggling?alaa mainan orang2 jungle buat tuh..haha kalau nak tau klik sini ok2 berbalik pada citer yang aku nak sampaikan sebenarnya..bila aku da start buddy ngan dia sebenarnya aku kekok sikit sebab baru kenal kan (jangan marah ye wan :P) tapi keperamahan (aceceehh!!) yang beliau ada membuatkan hatiku terbuka untuk menerima dia didalam hatiku (errkk!!buuweeekkk!!! x_X)..yang penting sebagai kawan jela takleh lebih2..hihi so nak jadi citer kami pon berkawan sampai sekarang dan kitorang masih lagi berjumpa kadang2 (sbb same IPTA..heheh) tapi kadang2 jela sebab dia pon ade life die dan saya pon sama..tapi Alhamdulillah setakat ni masih lagi bertegur sapa dengan dia (kau jangan sombong wan..aku repot cikgu lin nanti..HAHAH...

Jom Jadi Geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

Image
sekarang ni AM study at Batu Pahat, Johor..berasal dari Senawang, Negeri Sembilan..saya blogger selatan !! ^_^ these are my fellow friends ;D Qistina <3 Hannaan Ekin Nizam Shazwan

Hukum Baring Ketika Azan

Image
‏و حدثني ‏ ‏علي بن حجر السعدي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إسمعيل ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الحميد صاحب الزيادي ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن الحارث ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن عباس ‏ ‏أنه ‏ ‏قال لمؤذنه في يوم مطير إذا قلت أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن ‏ ‏محمدا رسول الله ‏ ‏فلا تقل حي على الصلاة قل ‏ ‏صلوا في بيوتكم قال فكأن الناس استنكروا ذاك فقال أتعجبون من ذا قد فعل ذا من هو خير مني إن الجمعة ‏ ‏عزمة ‏ ‏وإني كرهت أن أخرجكم فتمشوا في الطين ‏ ‏والدحض ------------- Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: "Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu) Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasululla...

Setiap Manusia Mempunyai Kembar?

Image
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak...

It Means Something #6

Image

Lelaki Beruntung? Fikir Balik

Image
Keluhan remaja perempuan A: “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” Keluhan isteri A: “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” Keluhan remaja perempuan B: “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” Keluhan isteri B: “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!” Keluhan remaja perempuan C: “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.   Keluhan isteri C: “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam caka...