Dari Hati Untuk Hati

Sungguh diri ini kerdil. Sungguh diri ini kecil. Sungguh jua diri ini lemah. Diri yang tidak mampu berikan harta. Diri yang tidak mampu melindungi. Diri yang tidak punyai apa-apa kebesaran.

Tapi yang hanya mampu berikan adalah sekeping hati. Hati yang sudah lama menanti. hati yang dulunya puas menunggu. Hati yang dulunya pernah berteriak untuk memiliki. Hati yang menyimpan kemas perasaan yang tiada umpama. Hati yang mudah cemburu.

Tapi kenapa? Kenapa perlu hati ini dikecewa yang teramat? Kenapa hati ini masih lagi berdegil? Masih berdegil tidak mahu melepaskan? Kenapa hati ini masih ingin melaksana impian? Apakah hati ini untuk dipermain?

Satu-satunya bukti adalah hati. Tetapi jika ini pun tidak dipercayai, sungguh tidak ada yang lain lagi untuk diberi. Mungkin juga diri ini tidak sempurna. Mungkin diri ini terlalu jahat! Terlalu kotor untuk mendapatkan yang suci.

Sungguh aku bukan bermain kata. Bukan jua niat untuk bermadah pujangga. tetapi hati ingin berkata. Berkata yang benar. Sungguhpun tiada yang melayan, tiada yang membalas, tiada yang mengetahui, atau tiada yang percaya. Dan sungguhpun hati ini dilukai berulang kali, biarlah..

Biarlah diri ini satu-satunya yang mengetahui. Biarlah diri ini satu-satunya yang mempercayai hati ini. Kerana diri ini tidak akan pernah melepaskan, melepaskan apa yang dimiliki, sehinggalah empunya diri yang ingin pergi. Pergi meninggalkan 1001 memori.



You make my heart shine!!
And I hope I make yours n_n

Comments

Popular posts from this blog

Paderi dan Pengembala Kambing

Adakah Wanita Layak Menjadi Pemimpin?

Pasal Petai?