My Name is Khan, and I'm Not a Terrorist


Saya baru tengok cerita My Name is Khan nih dengan roomate saya (even dia tidur ditengah jalan..haha)..Filem My Name Is Khan mengisahkan perjalanan seorang pemuda Muslim bernama Rizwan Khan dalam pencarian untuk bertemu dengan Presiden Amerika bagi menyampaikan mesej “My name is Khan, and I am not a terrorist”.

Yang uniknya ialah Rizwan Khan seorang penghidap autism. Saya sangat tertarik dengan part autisme ini. Nampaknya pembikin filem memang buat kajian terhadap ciri2 pesakit autism, kecenderungannya, keunikannya dan sebagainya (walaupun tidak semuanya betul tapi bolehlah). Bukan main bedal saja seperti kebanyakan pembikin filem/drama Melayu. Saya tak tahu kenapa pembikin filem/drama kita susah sangat nak buat study terhadap penyakit2 yang ‘menjangkiti’ watak-wataknya. Kalau sakit Leukemia, terus kepala jadi botak, padahal keguguran rambut adalah kesan sampingan dari rawatan kemoterapi. Mungkin nak cut the story short, asalkan nampak orang ni menderita sakit, jadilah.

Autisme yang dihidapi oleh Rizwan Khan hanya disedari oleh adik iparnya, seorang doktor, apabila beliau mengamuk bila melihat cawan kuning (penghidap autisme anti dengan warna kuning). Jadi dari situ dia telah menjalani diagnosis dan disahkan menghidap autism.

Filem ni sebenarnya banyak memberi mesej tentang Islam yang ditakuti oleh sebilangan orang di Barat, iaitu Islam yang dikatakan pengganas atau terrorist. Kisah ini bermula apabila Rizwan Khan berkahwin dengan Mandira, seorang wanita Hindu. Mandira dan anaknya, Sameer (Sam) menggunakan Khan sebagai surname mereka.

Selepas serangan 9/11, keluarga Khan tersebut turut menerima tempias bahawa Islam adalah pengganas. Sam mengalami konflik dalam persahabatannya, hingga membawa kepada pergaduhan besar di sekolah yang menyebabkan kematiannya. Mandira menyalahkan Rizwan atas kematian anaknya kerana padanya anaknya mati kerana namanya Khan.
Mandira telah berkata kepada Rizwan, sekiranya Rizwan masih mahu hidup bersamanya, dia harus memberitahu semua orang di Amerika, termasuk presiden Amerika bahawa “Nama saya Khan dan saya bukan pengganas”.

Rizwan pun ‘menyahut cabaran’ Mandira dan memulakan perjalanan menemui presiden Amerika. Dalam perjalanan merealisasikan misinya, Rizwan bertemu dengan bermacam2 rintangan, termasuk ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang.

Rizwan juga dimasukkan ke penjara kerana dia asyik melagakan batu-batu kecil dengan tangannya dan keep on uttering “My name is Khan and I’m not a terrorist”. Polis-polis US semua takutlah so sumbat dalam jel. Tapi akhirnya beliau lepas innocently, dan ada satu laporannya kepada FBI tentang terrorist (ke?) yang membantu beliau untuk lepas bebas
.



Akhirnya Mandira mengetahui sebab sebenar kematian anaknya, bukan kerana namanya Khan. Lalu dia mencari suaminya. Mereka bertemu dan Mandira tolong Rizwan Khan ni jumpa presiden Amerika, Barrack Obama. Dan si Barrack Obama mengakui yang “Your name is Khan, and you are not terrorist”.


Carilah mesej yang ingin diampaikan dalam filem ini. Lihat bagaimana Khan di-tagkan oleh masyarakat sebagai pengganas. Namun Islam tidak pernah menyuruh kita berburuk sangka. Lihat bagaimana Khan telah menolong masyarakat pedalaman atas dasar ihsan seorang Islam kepada agama lain hinggakan agama lain kembali menyedari perbuatan mereka dan menerima Rizvan kembali dalam masyarakat.


Comments

fa said…
ermm,,mcm pengulas lhaa awak nyh^^
Unknown said…
bkn pengulas..tukang karut je..hehe anyway thanks..n_n
Anonymous said…
da tgok lmer da...cter ni mmg best n mnyayat hati ...pling best die pgi petemptan org afrika n snggup tlg diorg wlaupon dlm keadaan banjir

Popular posts from this blog

Paderi dan Pengembala Kambing

Adakah Wanita Layak Menjadi Pemimpin?

Pasal Petai?