Fenomena Gerhana Bulan


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua telah berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 sekitar jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata Kak Jie dalam blog nya ada releven “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.
lunareclipse Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Kusuf
Grafik Gerhana Bulan Penuh - Sumber Google
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Berutunglah bagi yang telah membuat solat sunat gerhana (kusuf) kerana ia jarang sekali dapat dilakukan. :)

Comments

Popular posts from this blog

Paderi dan Pengembala Kambing

Adakah Wanita Layak Menjadi Pemimpin?

Pasal Petai?