Posts

Showing posts from February, 2012

It Means Something #5

Image

Hati Lelaki

Image
Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!  Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semula jadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.  Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup berkorban apa saja demi untuk kekasihnya.  Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Mungkin ramai yang tidak tahu yang: -lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa. -lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya  dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual) -lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayan...

Hadiah Yang Sesuai?

Image
Mungkin  si dia bagi hadiah dengan "maksud tersirat" ataupun saja2 jer. tapi tak salah kita "ambil peduli" kan?. sekurang-kurangnya kita tahu apa maksud disebalik hadiah tersebut. lagipun bila sampai masa kita akan hadiahkan "sesuatu" kepada insan yang tersayang. kita pun harap dia memahami maksud disebalik hadiah tersebut. JAM TANGAN : Tanda mengingati setiap masa dan waktu.    CINCIN : Tanda ikatan kasih yang abadi. GELANG : Tanda mesra.  RANTAI LEHER : Ikatan cinta yang perlu perhatian. SUBANG : Tanda penghargaan dan penghormatan. KASUT : Sentiasa mengambil berat/prihatin. PAKAIAN/KAIN : Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu. PAYUNG : Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi. MINYAK WANGI : Tanda cinta BINGKAI GAMBAR : Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan. BUKU : Bersifat terbuka dan bertolak ansur. BUNGA : Tanda perkenalan dan tanda sayang COKELAT : Semanis cintamu. LAGU/CD/KAD UCAPAN : Meng...

Alasan Untuk Orang Tersayang ?

Image
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. » Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. » Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai. » Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. » Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”. Tetapi » Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”. » Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”. » Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki. » Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena. » Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal. » Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita sedikit video untuk tontonan bersama :)

Kasut Dan Peranan

Image
tak tau kenapa nak cerita tentang kasut pulak..hehe tapi harap2 lepas bace bolela bezakan kasut untuk biasa2 dengan kasut untuk casual :) *for ladies only :D Sandal Tumit Tinggi  boleh dipakai ikut suka hati tanpa mengira waktu. sesuaikan jenis fabrik sandal dengan baju yang akan korang pakai. contoh : kalau fabrik sandal korang adalah jenis sutera, satin dan polos, sandal korang sesuai dipakai untuk acara glamour atau makan malam Court Shoes ( kasut bertutup )  kelihatan formal dan sesuai digayakan ke pejabat. keyakinan korang akan lebih menyerlah apabila memakai kasut jenis ini. Flat ( tapak rata)  kelihatan santai dan sesuai untuk menyerlahkan keremajaan dirimu ( chewah! ) kasut ni memudahkan pergerakan sebab tapaknya yang rata dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju. Ballerina dan Flat Court Shoes  kasut jenis ni pon dapat menyerlahkan keremajaan korang. rekaan kasut jenis ini biasanya lebih simple dan sederhana Kasut Baji ( wedge...

Sebelum Adam AS

Image
Sebelum Nabi Adam as diciptakan, sudah banyak makhluk diciptakan untuk mentadbir bumi. Namun setiap makluk itu dihapuskan secara tragik kerana kerosakan dan kejahatan mereka lakukan di atas muka bumi ini. Makhluk terakhir diciptakan ialah JIN yang akhirnya turut dihapuskan secara tragik. NAMUN, bagi setiap makhluk itu mungkin ada yang terselamat dari hukuman Allah. Mereka meneruskan legasi bangsa mereka untuk hidup di muka bumi ini. Ketika bangsa jin dihapuskan, sebahagian kecil bangsa jin terselamat termasuklah AZAZIL SANG IBLIS.  Ketika Allah memberitahu para malaikat bahawa dia mahu mencipta makhluk baru menjadi khalifah di muka bumi para malaikat sudah berasa bimbang. Pengalaman mereka dengan bangsa-bangsa pentadbir bumi sebelum ini membuatkan mereka resah lantas mereka menyatakan kebimbangan mereka. " Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merosak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau " Allah ...

Ibu di Syurga Nak

Suatu hari adik bertanya ayah. “ayah, ibu pergi mana? Adik rindu ibu” Ayah yang sedang membaca surat khabar itu tersentak dengan pertanyaan adik. Dia lalu meletakkan surat khabar ke tepi lantas menghirup kopi yang terhidang di atas meja. Adik hanya menunggu dengan penuh sabar. Budak yang berusia 5 tahun itu masih banyak yang perlu dipelajari. Selesai menghabiskan secawan kopi itu, ayah lalu memandang ke arah muka adik sambil tersenyum. Dia tahu adik sedang menunggunya memberikan jawapan. Lalu ayah bangkit dari sofa dan pergi ke arah adik. Dia lantas duduk berhadapan adik dan mengusap rambut budak kecil itu. “ibu pergi jauh nak.” “ibu pergi mana? Adik nak sangat jumpa ibu. Adik nak peluk ibu. Adik nak tidur dengan ibu. Ibu tak sayang adik ke?” Si ayah tidak dapat menahan sebak lagi. Air mata mula mengalir di pipi ayah. Dia mula mendakap adik dengan erat. Dia tidak mahu adik melihatnya menangis. Dia tahu anak kecil itu tidak mendapat kasih sayang ibunya sejak l...

It Means Something #4

Image

Aku Sungguh Rindu

Image
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulu...

Susah Ke Nak Luah Perasaan?

Image
Susah ke nak luahkan perasaan? Cakap jela bro/ sis. be a gentlemen la sikit. Kalau lambat manalah tau kena sambar orang. Haha Actually memang susah nak luahkan perasaan kat orang yang kita suka. Tak percaya? Percayalah sebab saya pun pernah alami benda ni. First thing yang saya fikir bukan dia terima ke tak. Tapi saya fikir macam mana nak berhadapan dengan dia bila dia terima/ tak terima. Of course kalau dia terima kita akan malu-malu kucing depan dia kan? Haha tau dah perangai remaja ni. Then hubungan korang akan jadi makin rapat mengikut arus perubahan dunia sekarang. Aceeehhhh…haha Tapi yang tak bestnyer bila dia menolak kita. Kalau orang tu jauh takpe lagi sebab jarang kita jumpa dengan dia or even tak pernah jumpa pun. Tapi kalau yang satu sekolah dengan dia tu memang segan habis lah kan. Bayangkan cara nak hadapi situasi berjumpa dengan orang yang kita express perasaan kita tu. Memang seganlah kan. Bayangkan pula kalau dia duduk jauh dan tak pernah jumpa dengan dia. Ta...

Antara Kawan, Teman, Sahabat

Image
Boleh dikatakan setiap orang mempunyai lebih daripada 100 kawan dan teman bukan? Tetapi berapa ramaikah manusia yang mempunyai sahabat? Apakah sebenarnya maksud sebalik perkataan sahabat? Adakah sahabat ialah seseorang yang akan menjauhkan diri daripada kita apabila kita berduka? Adakah kawan akan sentiasa menemani kita apabila kita memerlukan tempat meluahkan kegelisahan? Atau adakah teman itu sentiasa berada di sisi kita untuk melindungi kita?... Teman = selalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita. boleh di bawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah dan mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih. suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong. Selalu memuji ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang. Kawan = hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari sekadar untuk m...