Hati Lelaki


Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!  Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semula jadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.  Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup berkorban apa saja demi untuk kekasihnya.  Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Mungkin ramai yang tidak tahu yang:

-lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.

-lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya  dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual)

-lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.

-lelaki akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu meluap-luap.

-lelaki akan sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

-lelaki akan sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.

-lelaki tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

-lelaki akan mudah sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.

-Akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain.

-lelaki akan sentiasa ingat cinta pertamanya walaupun dia bersama orang lain

-Apabila muncul orang ketiga, dia sanggup melakukan apa saja untuk merebut kembali hati kekasihnya.

-Menganggap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawa sendiri.

-lelaki menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

-lelaki akan pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.

-lelaki akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

-lelaki yang sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

-lelaki akan lebih mementingkan kekasih dari dirinya.

-lelaki akan kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.

-lelaki tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan yang penting dengannya.

-lelaki sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.

-yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sanggup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.

Jadi, wahai wanita bersedialah anda untuk memahami secebis hati milik seorang insan bergelar lelaki.

sumber:hati lelaki :)


Comments

Aretikz said…
uuh ~ begitu yek? hehe..
wanabee said…
hohoh..nice entry...
kalau lah semua lelaki ada semua sifat tu .,kan bagusss..wohaha....malangnya tak ramai.sikitttt je >_<

huhuuu..good sharing bro.. thanks :D

Popular posts from this blog

Paderi dan Pengembala Kambing

Adakah Wanita Layak Menjadi Pemimpin?

Tips Study Last Minutes