Ibu di Syurga Nak
Suatu hari adik bertanya ayah.
“ayah, ibu pergi mana? Adik rindu ibu”
Ayah yang sedang membaca surat khabar itu tersentak dengan
pertanyaan adik. Dia lalu meletakkan surat khabar ke tepi lantas menghirup kopi
yang terhidang di atas meja. Adik hanya menunggu dengan penuh sabar. Budak yang
berusia 5 tahun itu masih banyak yang perlu dipelajari.
Selesai menghabiskan secawan kopi itu, ayah lalu memandang
ke arah muka adik sambil tersenyum. Dia tahu adik sedang menunggunya memberikan
jawapan. Lalu ayah bangkit dari sofa dan pergi ke arah adik. Dia lantas duduk
berhadapan adik dan mengusap rambut budak kecil itu.
“ibu pergi jauh nak.”
“ibu pergi mana? Adik nak sangat jumpa ibu. Adik nak peluk
ibu. Adik nak tidur dengan ibu. Ibu tak sayang adik ke?”
Si ayah tidak dapat menahan sebak lagi. Air mata mula
mengalir di pipi ayah. Dia mula mendakap adik dengan erat. Dia tidak mahu adik
melihatnya menangis. Dia tahu anak kecil itu tidak mendapat kasih sayang ibunya
sejak lahir lagi.
“adik tahu tak ibu sangat sayangkan adik. Tapi ibu terpaksa
pergi.”
“ibu pergi mana ayah?”
Si kecil itu bertanya kepada ayahnya dengan penuh perasaan ingin tahu. Si ayah
lalu menarik nafas panjang lalu berkata.
“jauh sangat. Adik jangan risau ye, suatu hari nanti adik
pasti akan bertemu dengan ibu.”
Si ayah lalu memeluk anak manja itu dengan erat. Adik hanya
mampu diam. Dia terlelap dalam dakapan ayahnya….
'Wanita yang meninggal slepas bersalin,
adalah dianggap sebagai para syuhada (orang yang mati syahid)'
sumber:ilham dari keizinan Allah :)
Comments