Antara Kawan, Teman, Sahabat


Boleh dikatakan setiap orang mempunyai lebih daripada 100 kawan dan teman bukan? Tetapi berapa ramaikah manusia yang mempunyai sahabat? Apakah sebenarnya maksud sebalik perkataan sahabat? Adakah sahabat ialah seseorang yang akan menjauhkan diri daripada kita apabila kita berduka? Adakah kawan akan sentiasa menemani kita apabila kita memerlukan tempat meluahkan kegelisahan? Atau adakah teman itu sentiasa berada di sisi kita untuk melindungi kita?...



Teman = selalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita. boleh di bawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah dan mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih. suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong. Selalu memuji ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang.

Kawan = hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira

Sahabat = boleh dikatakan di mana ada kita di situ ada dia ibarat bulan dan bintang selalu bersama. tidak kira walau apa jua tidak menikam dan tidak pula mengejek di kala kita kesusahan. setia dan selalu menyokong diri kita. tidak pernah menyalah anggap dan selalu mentafsir yang baik-baik sahaja walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun masih tidak mampu untuk menandingi erti seorang sahabat. kerana dia ibarat cahaya yang selalu ada untuk menemani dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap gelita.



Sudah terbukti bahawa sahabat adalah seseorang yang lebih daripada kawan dan teman. Sahabat yang sejati adalah sahabat yang mampu membimbing kita di dunia dan di akhirat, dan bukan semua orang sudah menjumpai sahabat sejati. Sahabat sejati tidak akan sesekali meninggalkan kita walaupun perlu mengorbankan harta benda, maruah dan mungkin juga nyawa dia.

Jadi berkawanlah seberapa banyak orang yang anda inginkan. Bertemanlah seikhlas hati dengan teman anda. Tetapi jagalah hati sahabat kerana dia adalah kawan, teman dan segala-galanya.




Comments

Popular posts from this blog

Paderi dan Pengembala Kambing

Adakah Wanita Layak Menjadi Pemimpin?

Tips Study Last Minutes